Mulakan Dengan

Mulakan Dengan

Jom Join Blog List Saya

Edisi mengapdate blog...


saya dah lama kehilangan bloglist kawan-kawan blogger...


Jom tinggalkan blog add sahabat di kotak komen tuk saya masukkan dalam bloglist saya



Tarikh akhir 15 September 2014 / 11.59pm


Sudi-sudikan yer...


KLIK SINI UNTUK JOIN


hurryyyyy....


Assalamualaikum.... :)

Sunday, August 31, 2014

SEGMEN BT BLOGLIST SEPTEMBER


Salam Merdeka
jom join (klik banner)

SEGMEN BT BLOGLIST SEPTEMBER

tarik akhir 
3 September / 12.00 am

done to like n follow cik Busyra... (follow dah lama) hihi

Penginapan di sekitar Pekan Changlun untuk ke UUM

Berita Kampus UUM

HEP Online: Seramai 3,446 pelajar baru telah ditawarkan melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk sesi pengajian 2014/2015 yang akan bermula pada 1 September ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Abd Malek Abdul Karim berkata daripada jumlah itu, 3,109 adalah pelajar tempatan manakala 337 adalah pelajar antarabangsa daripada 15 buah negara.

Katanya, kesemua mereka yang menerima tawaran itu akan mula mendaftar 1 September dan akan ditempatkan di 12 Dewan Penginapan Pelajar (DPP) yang telah disediakan.

Pelajar-pelajar tersebut akan menjalani sesi orientasi selama tiga hari dan memulakan sesi kuliah pada 7 September depan, katanya.

 “Saya yakin ibu, bapa dan para pelajar telah membuat persiapan untuk mendaftar dan menjalani kehidupan sebagai mahasiswa di kampus ini,” katanya ketika ditemui semasa meninjau persiapan barangan yang akan diagihkan kepada pelajar baru itu. Antara barangan yang telah disiapkan untuk pelajar baru itu termasuk beg, tali leher, payung, sampin dan lain-lain lagi.

Turut mengiringi beliau ialah Ketua Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Encik Mohd Zulkifli Mohd Noor@Muhammad, Ketua Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Media HEP, Encik Mohd Fozi Saleh dan Pengetua DPP Bank Rakyat, Puan Normala Jailani.



Selamat Datang Ke Pekan Changlun
Justeru, di bawah ini saya senaraikan homestay yang berdekatan dengan UUM... sebenarnya kawasan UUM banyak taman dan setiap taman mesti ada homestay. Bagi yang belum datang ke Changlun, bandar Changlun merupakan pekan yang paling hampir dengan UUM sebelum anda ke Sintok. Untuk ke UUM Sintok anda akan melalui pekan ini lebih kurang 10km. Bila sampai traffic light BSN, stesen bas, KFC, itu maknanya anda dah sampai ke pekan Changlun.

Signboard yang menunjukkan arah "Sintok" itu adalah jalan kampung untuk ke UUM Sintok. Kalau anda ikut jalan tu banyak juga taman-taman perumahan sepanjang jalan tersebut dan banyak homestay. Ada juga budget hotel tanpa nama dan bintang di Taman Resak selepas stesen minyak Shell. Anda juga boleh ambil terus ke Bukit Kayu Hitam melalui GM Hotel (rujuk di bawah)....


Di sini juga terdapat budget hotel. Budget hotel yang terdapat di bandar Changlun seperti T-Hotel, GM Hotel. T-Hotel anda aakan nampak dari highway ke bukit Kayu Hitam, hotel ni sebelah kiri jalan sebelum sampai bandar Changlun.


Manakala GM Hotel di Taman Teja (taman rumah saya) hihihi.... GM hotel ni lepas dari bandar changlun juga sebelah kiri. Berhampiran dengan stesen minyak Caltex. Dari bandar Changlun terus melepasi dua traffic light dan anda akan jumpa Caltex. Barisan rumah kedai Caltex di situ anda akan jumpa GM Hotel ni. Boleh juga masuk dari jalan stesen minyak Caltex tu. Dari tepi jalan memang akan nampak GM Hotel. Jangan risau Taman Teja di belakang GM Hotel ni juga banyak homestay yang murah-murah dan berpatutan. 


Bersebelahan dengan GM hotel juga ada budget hotel di atas Restoran Kelate. 

Di bawah terdapat beberapa senarai homestay yang berdekatan dengan UUM. 

Homestay Semarak Api (Semi D setingkat)
No 50, Taman Semarak Api Highway UUM/K.Perlis
06010 Changlun Kedah
Harga RM200/night

Homestay Murah Changlun
Taman Teja 06010
Changlun Kedah
Rm125/night
Hp : 0125336573, 0174993994
Detail Klik Sini

Weeda Homestay
No 57 Taman Resak
06010 Changlun 
Kedah
RM170/night
Hp: 0174832027 / 049253613
Detail Klik Sini 

Homestay De Changlon 
No. 62 Taman Seri Meranti 
06010 Changlun 
Kedah
RM250/night (semi D dua tingkat)
Hp : 0192583984
yang ni depan Shell kalau anda ambil jalan kampung (signboard Sintok) yang saya cakap kat atas. 
Detail Klik Sini 

Hazim Homestay Changloon 
Taman Seri Meranti
06010 Changlun
Kedah (sama taman dengan di atas)
RM160/night
Hp : 0195748700 / 0195749700
Detail Klik Sini

Yang penting anda jangan risau kalau sampai di Changlun banyak tempat penginapan di sini. Bagi yang tak berkemampuan untuk menyewa anda bulih tidur di Pusat Islam UUM. Asalkan tidak mengotori tempat tersebut. 

Saya mewakili warga UUM, mengalukan kedatangan anda di bumi Sintok yang sangat tenang. Kehijauan Lembah Sintok melambai-lambai kedatangan anda..... :) Berhati-hati di jalan raya!




 

Saturday, August 30, 2014

Gambar Bicara

Entry bergambar









Copyright © 2014 Mise en Scene Pn Sheila

Distributed By Blogger Templates | Designed By Darmowe dodatki na blogi