Monday, March 5, 2012

Allhamdulillah... sesungguhnya rezeki Allah itu terlalu banyak!

Assalamuaalaikum wbk....

Dah berapa hari ps tak buka blog ni..... hari minggu sangat kepenatan.....
Kelmarin ps mc, tunggu nak jumpa doktor tersangat la lama, dari sakit sikit terus sakit banyak, terus ler mc....
kekeke.... kesiannnn.....


Hari ni bila masuk ofis dating dengan senior ps tentang proposal...
Alahai, memang rezeki, senoir kata untuk baby baru ni....
Terharu sangat bila senior bagi hadiah yang tak nampak dari mata kasar, walaupun ia dapat dilihat....
teka apa???


hadiah keikhlasan
ps pun hairan kenapa mereka sanggup bagi sebegitu rupa pada ps???
syukur sangat!!! kepada Allah.....


Banyak ps belajar hari ni!
1. ikhlas
2. kasih sayang keluarga (ibu kepada anak, isteri kepada suami)
3. ketaatan, keberkatan daripada suami
4. mulia
5. masalah yang dipenuhi dengan kerahmatan dari Ilahi
6. kesabaran


ps sedih sampai nangis depan senior ps bila dia cerita tentang kasih sayang antara keluarga terutama kasih-sayang bersama anak-anak dan keberkatan suami....


tanpa keredhaan dari suami, apa yang isteri buat tidak diberkati....
sama juga dengan anak-anak, walaupun kita marah anak-anak jangan simpa perasaan teramat marah sampai dendam kepada anak-anak, nescaya perasaan buruk itu akan pulang kembali kepada kita...


Anak-anak
senior ps sempat ajar satu hadis untuk didik anak-anak sejak dari kecil.... hadith 19 Iman Nawawi:

Daripada Abu al-’Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a.ﺎﻤﻬﻨﻋ ﷲا ﻲﺿر beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran- lembaran telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:

Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.


Pada rakan-rakan yang ada anak-anak kecih, jom kita selalu ajar mereka sebut "peliharalah Allah nanti Allah akan pelihara kita".... mungkin anak-anak kecil kita belum faham akan maksud di atas, insyaAllah pabila mereka besar mereka akan fahami ia sendiri....


Suami/isteri
wahai isteri mulia diluar sana, mungkin kalian sentiasa risau dan bimbang akan suami kalian.... jangan terlalu risau sentiasa iringin doa dan jangan terlalu curiga tentang mereka.... insyaAllah sangka baik doa yang baik, solat hajat akan lindungi suami kita di luar....

ps juga selalu risau encik hubby ps, susah nak hubungi coz dia x guna hp..... bila di pejabat ps tak ler risau sangat coz lunch n after work ps akan lunch sama dan akan singgah sebelum balik kat tempat kerja encik hubby ps...

tp bila malam, encik hubby balik lambat ps mula risau, walaupun ps tau kerjanya mungkin habis 11.00 malam kalau dia o.t... tambahan cuaca yang tak menentu, jalan yang gelap itu yang ps risaukan.....

ps selalu doakan dia selamat di mana dia berada....

em..... bila dah dengar encik hubby dah sampai umah baru selesa rasanya walaupun, kekadang ps dah tido dulu.... kekeke...


Konklusi
ps sangat gembira hari ni walaupun pelbagai jua rintangan, dugaan, masalah ps alami, ps still ada rakan-rakan ikhlas yang tolong ps dan bagi tazkirah.... hehehe.... so.... senyum lebar :-))

yang penting bersihkan hati kita, kalau boleh buang semua rasa yang buruk, dendam dan sebagainya nescaya kita tenang walaupun susah, namun kesusahan itu membuatkan kita rasa tersangat gembira.... tanpa rasa sedikit pun akan kesusahan tersebut....

Rahmat dan rezeki Allah itu sangat banyak tanpa kita sedari!!!

1 Point of View:

YAYA AZURA said...

entri penuh info..tq..
kena ajar la anak sebut "peliharalah Allah nanti Allah akan pelihara kita" sentiasa..
biar lekat dihati..